Dua tahun
Dua tahun yang lalu, pada pada hari ini kami mendarat di bumi Wellington. Masa sungguh pantas berlalu. Kami bersyukur kepada Allah kerana memudahkan perjalanan kami di sini.
Kami mohon keampunanMu atas kelalaian dan kesalahan kami. Ya Allah Ya Tuhan ku, Lindungilah kami, peliharalah kami dan memudah perjalanan kami. Ya Allah ya tuhan kami, Kurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kami, supaya kami boleh pulang untuk berbakti kepada ibu-bapa kami, dan agama serta negara kami yang tercinta.

Anak-anak ini (Najmi, Ainul dan Imran) kini membesar dan menimba pengalaman hidup di Wellington, New Zealand. Mereka menemani Khairul dan Adibah yang menyambung pengajian di Victoria Uni. of Wellington. Tulisan tulisan di Blog ini kebanyakannya mencatatkan pengalaman anak-anak ini.
November 5th, 2009 at 9:11 pm
Moga2 selamat menghabiskan pengajian dan kembali bertugas di tanah air tahun depan!
November 6th, 2009 at 11:36 am
salam,
insyallah, semoga perjalanan hidup saudara sekeluarga di sana sentiasa dirahmati dan dipermudahkan. amin
November 6th, 2009 at 12:32 pm
Salam Khairul.
Selamat menyambut ulangtahun ke 2. Semoga berjaya menimba ilmu dan pengalaman dan pulang dengan kejayaan yang gilang-gemilang.
November 6th, 2009 at 1:34 pm
sekejap je dah dah 2 tahun yer?bila nak pulang ke m’sia?smoga pulang dgn kejayaan
November 9th, 2009 at 7:36 pm
salam semua
Terima kasih semua sahabat. Masa memang amat pantas berlalu. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang.
November 17th, 2009 at 5:18 am
Semoga tabah dan dipermudahkan segala urusan sepanjang pengajian. Hopefully dapat berkongsi idea dalam pengajian Phd ini
November 23rd, 2009 at 3:39 am
KA & Deb..Insya’Allah, berkat doa dan amalan serta usaha, semuga semuanya dipermudahkan..Amin,..
November 30th, 2009 at 8:17 pm
KA & Deb kongsilah sikit seminar Phd yang dihadiri tempoh hari. Ada tips jgn lupa post kat saya.