Menggila
Dollar NZD naik menggila. Tiap-tiap minggu naik. USD pun kalah, Yen pun kalah. Malaysia Ringgit pun tak boleh lawan NZD. Dari RM1.80 satu dollar, kini dah jadi RM 2.60. Hu Hu. Kalau nak bawa duit dari Malaysia, tinggal sedikit sahaja..
Kalau keadaan ini terus kekal begini, maka ramailah pelajar-pelajar PhD yang berkeluarga terpaksa belajar ‘part-time’ sahaja, sebab kena cari kerja part-time atau kerja full-time untuk cover kos sara hidup yang semakin tinggi.
Kepada pihak yang berwajib dan berkuasa, lihat-lihatlah keadaan di sini.
Sekian, Khairul Anuar Kamarudin melaporkan dari Bumi Wellington


Anak-anak ini (Najmi, Ainul dan Imran) kini membesar dan menimba pengalaman hidup di Wellington, New Zealand. Mereka menemani Khairul dan Adibah yang menyambung pengajian di Victoria Uni. of Wellington. Tulisan tulisan di Blog ini kebanyakannya mencatatkan pengalaman anak-anak ini.
October 28th, 2009 at 1:42 pm
salam khairul,
rasanya rm semakin menyusut berbanding nz, australian dollar pun dah hampir 3.2 berbanding rm.
mmg menyukarkan bagi pelajar di luar negara . Apakata peruntukan dibayar menggunakan mata wang sesebuah negara yang dihuni, tapi payah pulak dikira jumlahnya sekiranya ia berbentuk pinjaman pelajaran.
Jalan penyelesaian, peruntukan biasiswa atau pinjaman disemak setiap 3 bulan mengikut kadar tukaran wang asing.
October 28th, 2009 at 4:30 pm
Salam,
Elaun memang dibayar dalam matawang negara tempat belajar. Cuma gaji yang dibawa dari Malaysia sahaja dalam RM.
October 28th, 2009 at 5:34 pm
bila ke negara yg matawang tinggi,rasa kecut perut utk berbelanja.terasa tiada nilai duit kita disana..
October 28th, 2009 at 6:11 pm
hoh, main forex weh!!!!
October 29th, 2009 at 11:15 am
Memang sungguh terasa…. Kalau swipe Malaysian bank’s card credit untuk online booking etc, memang terbeliak bijik mata tengok statement hujung bulan
November 5th, 2009 at 1:48 pm
betuul lah KA…huhuhu