August 31, 2010By: khairul-adibah Category: General
Satu kumpulan rock baru bernama Aosomoes telah ditubuhkan oleh Najmi, Ainul dan Imran. Kenapa memilih nama tersebut? Menurut pengurus mereka, Pn. Adibah, “bila tanya they all why Aosomoes, they all kata… it’s a secret, you don’t have to know… (ala-ala no comment…hahaha)”. Mengenai jadual persembahan, mereka dijangka akan membuat persembahan sulung di Malaysia pada pertengahan tahun hadapan.
Asomoes is awesome
Pengurus kewangan bagi kumpulan ini, En. Khairul, telah memenangi bidaan bagi peralatan muzik bagi rock band ini di trademe.co.nz dengan harga NZD 60 (RM 150), yang mengandungi drum, wireless guitar, mirophone, dan 2 DVD PS2 Rock Band.
Kepada kumpulan Asomoes, dinasihatkan agar janganlah main muzik banyak sangat di bulan Ramadhan yang mulia ini, sebaliknya banyaklah mengaji alif, ba, ta..
August 30, 2010By: khairul-adibah Category: Family
Selalunya di perhimpunan hari Isnin Epuni Primary School, hanya pelajar-pelajar yang diberikan hadiah dan penghargaan. Kali ini ia sungguh berbeza. Saya dipanggil untuk menerima hadiah istimewa sebagai ‘Good Dad’. Alhamdulillah, saya berikan senyuman yang paling manis semasa menerima anugerah tersebut. Ain, Najmi, dan Imran mengenyit mata sebagai tanda tumpang gembira.
Saya menerima sekeping sijil dan sebuah buku bertajuk “Richie McCaw: A Tribute to a Modern-Day Rugby Great”. Saya sungguh gembira menerimanya, walaupun sebenarnya ramai bapa-bapa lain yang lebih layak.
August 28, 2010By: khairul-adibah Category: General
Sudah hampir dua minggu, silih berganti saya dan anak-anak tidak sihat. Lepas seorang diganti seorang yang lain, macam lari berganti-ganti pula. Saya sendiri menanggung demam ‘on off’ begitu.
Mengikut Dr. kami alergik kepada debunga yang begitu banyak sekarang ini. Maklum sahajalah musim sejuk telah berakhir dan musim bunga telah pun bermula. Kami doakan kita semua beroleh kesihatan yang baik. Amin Ya Allah..
August 27, 2010By: khairul-adibah Category: General
Apabila melihat skill Najmi, Ainul dan Imran menggunakan komputer, saya teringat saat saya belajar komputer pada hujung zaman 80an. Terkedek-kedek dan takut-takut. Keluarga saya terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar saya ke kelas komputer. Teringat lagi perisian zaman dahulu kala seperti GWBasic, MsDOS, WordPerfect, Ms. Windows 3.1, Lotus 123… dan banyak lagi..
Tapi kini semuanya amat berbeza. Najmi, Ainul dan Imran masing-masing ‘pandai sendiri’ menggunakan komputer. Kalau dahulu saya terpaksa membeli CD games untuk install ke dalam komputer, tapi kini mereka mampu mendownload dan meng’install’ sendiri games dari internet. Paling tidakpun, mereka bermain ‘online game’, dan yang terbaru mereka telah berhijrah ke game di facebook pulak. Masing-masing sudah mempunyai akaun facebook sendiri. Jauh sungguh bezanya dengan zaman saya dahulu.
Kalau dahulu komputer tersebut dimonopoli oleh Najmi. Kini Ainul dan Imran pun sangat berminat juga. Masing-masing mengira-ngira dan membahagikan masa penggunaannya. Kadang-kadang timbul peperangan kecil kerana ada yang terlebih/terkurang masa menggunakan komputer.
P/s jika ada sahabat yang tahu mana-mana software untuk mengawal masa penggunaan komputer anak-anak, contohnya 1 jam seorang, harap dapat cadangkan.
Anak-anak ini (Najmi, Ainul dan Imran) kini membesar dan menimba pengalaman hidup di Wellington, New Zealand. Mereka menemani Khairul dan Adibah yang menyambung pengajian di Victoria Uni. of Wellington. Tulisan tulisan di Blog ini kebanyakannya mencatatkan pengalaman anak-anak ini.