khairul-adibah.net blog

Cebisan Kenangan Suatu Perjalanan

Aktiviti santai sambil collect data

Syukur kepada Allah swt, sudah 3 hampir tiga minggu kami berada di Malaysia. Semuanya sihat dan berada dalam keadaan baik. Masa sungguh cepat berlalu. Rasanya baru semalam sampai ke KLIA. Blog ini pun tak sempat jarang dapat diupdate kerana kesibukan tugas meng’collect’ data.

Najmi bersama Opah dan Atuk 

Bersama Cik Dan & Cik Cu

Makan kat Restoran Sham, Kota Bharu, bersama Atuk & Nenek

Bagi Najmi, Ainul dan Imran, mereka menikmati percutian menarik di Malaysia. Mereka sangat gembira bercuti di rumah Opah (Lumut) dan rumah Nenek (Kota Bharu). Ketiadaan saya dan Deb tidak menjadi masalah kepada mereka. Mereka sedar bahawa bahawa rumah Opah dan Nenek adalah rumah mereka juga.

Tempe Goreng Kg Jawa, Segamat, Johor

Kueteaw Soto Kg Jawa ini di taja oleh Suhaidi & Noriah

Makan Ikan Bakar bersama Bos, Prof MKI (Pengarah UiTM Johor)

Terima kasih Prof atas nasihat dan layanan mesra + banyak berbelanja untuk kami

Deb bersama Pn Nor Aliya Yeoh.. (Penceramah Islam Agama ku)

Hati kami menangis mendengar kisah pengalaman beliau mencari Tuhan

Saya dan Deb sempat pulang ke Segamat beberapa hari. Kami sempat mengadakan perbincangan dengan En. Halim Kadri dan juga Prof. MKI. Terima kasih kepada mereka berdua atas input-input yang diberikan.

Makan-makan bersama Pn Zalina, Pn Azizah, Azura dan staf UPK

Berkelah sambil makan durian (dalam gambar Pn Nur Aliya, Kak Roza, Prof MKI dan Deb)

Selain itu sempat juga berjumpa dengan beberapa sahabat di UiTM Segamat. Namun ramai lagi sahabat yang tidak dapat jumpa, mungkin disebabkan ramai yang sedang bercuti atau sibuk dengan peperiksaan intersessi.

Bersama sahabat seperjuangan

(Dari Kiri) Was Asma, Deb, Datin Aryani, Saunah, Fizah, Emalin, Kak Nadzira, Zarina

Terima kasih kepada Prof. Madya Us. Zaluddin (Timb. Pengarah HEP UiTM Johor), sebab belanja makan durian selama 2 hari berturut-turut. Gambar masa makan durian tak sempat nak tangkap sebab terlampau syok makan durian .. ha ha. Jadi.

Terima kasih juga kepada Kak Dira kerana buat Kek Prune special  untuk kami. Kepada Pn Zalina, Kak Roza, Kak Ayu, Kak Rina, Bazri, Suhaidi, Noriah, Emelin, Datin Aryani, Kak Fizah, Kak Saunah, Zarina, Wan Asma dan semua rakan2 yang tertulis di sini, ribuan terima kasih atas layanan mesra. Kepada sahabat yang tak sempat kami temui, kami mohon maaf. Kalau nak belanja kami, nanti kami datang lagi sekali .. he he

 

Najmi, Ain & Imran .. mula bercuti

Selepas sehari suntuk menghadiri symposium di Auckland University, kami kemudinnya berangkat pulang ke Malaysia pada keesokan harinya. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLia pada pukul 8.30 malam. Penerbangan 11 jam dari Auckland memang memenatkan. Sepanjang dalam penerbangan Najmi, Ainul dan Imran sibuk bermain dengan alat hiburan yang ada. Maklumlah sahajalah anak-anak zaman digital. Saya pulak sibuk makan. Ia mengembirakan saya. Bila Imran atau Ain tak makan makanan mereka, saya mengambil initiative untuk menghabiskannya… ha ha. Membazir itu amalan syaitan..

Posing kat AU - rasa muda pulak

Sempoi… pakai seluar jean je pergi symposium

Cuaca di KLIA semasa kami sampai agak sedikit panas. Tapi kami sekeluarga buat-buat relaks je. Seronok rasa badan bila berpeluh dan seronok sangat dapat lari dari kesejukan tiupan angin kutub selatan. Bila kami keluar dari balai ketibaan, semua ahli keluarga telah sedia menunggu kami. Najmi, Ainul dan Imran pada awalnya excited bila nak jumpa Opah dan Nenek. Tetapi lepas itu malu-malu, sebab semua orang senyum-senyum bila dengar diorang bercakap. Mereka dah tak fasih sangat cakap melayu. Lepas ni Opah dan Nenek kena cakap ‘omputih’ dengan cucu mereka.. ha ha…

Tempat pertama yang kami tuju iala KFC KLIA. Apalagi untuk menikmati kelazatan ayam sehingga menjilat jari. Tapi rasanya gak berlainan. Mungkin produk baru kot. … Oh ya… sekarang ni Najmi, Ainul dan Imran ada kat Lumut, Perak. Opah, Atuk, Cik Su, Cik Dan dan Maklong yang jaga mereka. Minggu depan mereka akan di’post’kan ke Kota Bharu pulak. Giliran nenak dan atuk untuk jaga mereka pula. Saya dan Deb pula berdua-duaan di Lembah Kelang kerana tugas. Nampaknya dalam dua bulan ni atuk, nenek dan opah semua akan kepenatan sebab jaga cucu mereka. He.he.. Berbeza dengan beberapa tahun yang lepas, ada Bibik Tursiyah yang akan sentiasa ikut bersama..

Camar Yang Pulang

Sebentar lagi kami sekeluarga akan meninggal kota Wellington. Kerinduan pada keluarga di Malaysia berada di puncaknya. Anak-anak pun sudah tidak tahan lagi. Mereka begitu teruja untuk pulang. Najmi tidak boleh tidur malam tadi. Mungkin dia teringatkan abg Hamdi dan Cik Cu (Firdaus). Mungkin juga dia tidak sabar saya membelikan PSP atau Wii yang baru.. ha ha

Lukisan di atas lantai garaj ini menggambar kerinduan anak-anak

Najmi dan rakan-rakannya

Semalam saya datang mengambil Najmi dan Ainul di sekolah. Najmi mengambil gambar rakan-rakannya. Selepas itu dia bergambar pula dengan rakan-rakan dan guru-gurunya. Ronnie dan Ibunya menangis kerana hendak berpisah dengan Najmi. Guru-gurunya sedih terutama Mrs. Skippers. Beliau ialah guru kelas Najmi tahun lepas, dan tahun depan Ainul akan masuk ke kelasnya. Dia memeluk erat Ainul. Dia Nampak sedih tapi mendoakan Najmi dan Ainul untuk bergembira di Malaysia.

Ainul sangat gembira di sekolah ini

Najmi and the girls

Walaupun kami hanya akan pulang selama 2 bulan, nampaknya kesedihan turut dirasakan oleh anak-anak. Betullah kata orang, Kiwi (New Zealander) adalah orang yang sangat baik. Mereka sentiasa mengalu-alukan tetamu. Tiada racist di Wellington. Berbeza dengan Negara jirannya yang terkenal dengan pelbagai jenis racist seperti anti asia, anti muslim dan pelbagai anti anti lain … DI sini keadaannya berbeza, kami sungguh selesa dengan penduduknya. Kadang-kadang layanan baik itu, mungkin boleh saya katakan lebih baik dari di Malaysia lagi … (pendapat peribadi).

Bersama dengan guru dan office staff

Mrs. Skippers sangat sayangkan mereka berdua

Abg Niklin dan Zaidi, akan mengambil kami dirumah dan menghantar ke Airport. Kami akan singgah di Auckland selama dua malam. Saya dan Deb akan menghadiri Quantative Accounting Research Symposium anjuran Auckland Univeristy. Beberapa minggu yang lepas kami menerima jemputan untuk menghadiri Symposium ini, dan kebetulan pula tarikhnya 5 Jun 2009, iaitu sehari sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Kami kemudiannya menukarkan tiket kapal terbang Wellington-Auckland dari 6 Jun ke 4 Jun. Symposium satu hari ini diberikan percuma kepada kami semua peserta. Mungkin sebelum ini, VUW telah menganjurkan PhD Colloquium dan pelajar dari university lain di jemput secara percuma. Mungkin juga.. inilah win-win situation.

Berkelip-kelip

Sebaik telah ‘settle down’ di NZ, kami membeli laser printer jenama Brother model HL2140. Harganya termasuk 1 toner percuma ialah NZD 150. Bila saya intai, tengok harga toner sahaja ialah NZD 120. Nampaknya harga toner lebih mahal dar harga printer.

Selepas menggantikan dengan yang baru enam bulan yang lalu, kini lampu toner printer berkelip-kelip. Kerlipan lampu ala lampu kelip-kelip hari raya menandakan ia sudah kehabisan toner dan perlu diganti. Sebagai langkah penjimatan, setiap kali nak menggunakannya kami terpaksa menggoncang tonernya sebelum mencetak. Leceh sungguh rasanya kerja membuka dan menatup printer ni.

Akhirnya saya temui penyelesaiannya. Sebenarnya toner laser printer ini masih ada, cuma ‘sensor’nya mengesannya sebagai habis walaupun ianya sebenarnya tidak. Mungkin pengeluar ada sebab disebaliknya. Yang pastinya lagi cepat kita tukat toner, lagi kayalah mereka. Penyelesaiannya ad adi video di bawah.

Selain itu toner ini juga boleh di ‘refill’ seperti video di bawah. Tapi saya tak cuba lagi …

NZD mengukuh berbanding RM

NZD mula mengukuh berbanding RM. Sungguh tidak ku sangka, NZD mampu mengukuh selepas kejatuhan teruk secara 6 bulan yang lalu. Bila bercerita tentang tukaran matawang ini, kami teringat saat ketiba baru tiba di Wellington pada NOv 2007. Ketika itu tukaran adalah RM 2.50++ bagi setiap NZD. kalau bawa RM10,000 bila tukar dapat lebih kurang NZD 3,900 sahaja. Masa tu kena berjimat sangat bagi memastikan ’soru’ tak miss.

Selepas setahun, entah apa sebabnya. NZD terkena pernyakit semput. Saban hari menguncup sampai ke jatuh terkena angin ahmar pada 2 Februari. Pada tarikh tu, tukaran asing ialah pada RM 1.80 bagi setiap NZD 1.00. Saat tu kami rasa mewah. Di saat mat salleh, minah salleh, opah salleh dan atuk salleh kat sini semuanya tak berbelanja sebab ekonomi meleset dan duit diorang merudum, budak-budak Malaysia semuanya shopping sakan. Kalau pergi supermarket jumpa diorang sahaja. Briscoes (kedai pinggan mangkuk dan barangan kelengkapan rumah) penuh dengan budak Malaysia. Habis segala periuk dan pinggan mangkuk di borong mereka. Macam kat Langkawi dibuat deme.

Garaj Sale dan kedai barang terpakai tiba-tiba kehilangan pelanggan dari Malaysia. Yang rajin pergi garaj sale pada masa tu mat salleh dan minah salleh pulak. Dunia ibarat roda…

Cuma yang susahnya ketika NZD merudum, ialah barang makanan (diimport) semuanya jadi mahal. Barang-barang makanan dari Malaysia semuanya jadi sangat mahal. Kedai Asian Market punya stok pun berkurangan sebab tak import sangat barang dari Malaysia, sebab terlampau mahal. Jalan yang terbaik pada masa tu ialah poskan sahaja barang dari Malayisa. Beras siam wangi yang 25kg naik dari NZD 40.00 ke NZD 59.00. Terpaksalah kurang-kurang makan beras, kami makan roti dan pasta je.. he he .. macam boleh .. Pagi petang siang malam makan nasi juga…

Kini segalanya berubah kembali. Duit NZD dah naik balik. Duit RM dan lemah. Terpaksalah berjimat cermat. Nak ulas lebih-lebih pun tak tahu, sebabnya tak mengaji pasal isu matawang ini dengan mendalam… cuma suka nak perhatikan perubahan demografi pelanggan garaj sale, kedai barang terpakai dan Briscoes.

Kisah PhD (1) Rampasan

Sekadar berkongsi suatu cerita (buat pengajaran semua. Di sebuah universiti, bukan di NZ, dan bukan di Wellington, ada satu mamat berbangsa bangla. Mulut manis, muka pun manis. Patutlah ramai budak melayu sangkut dengan bangla kat Malaysia. Sungguh baik budi pekerti. Bak kata pepatah melayu, “pukul nyamuk pun tak mati”. Mamat ni sungguh prihatin dengan tajuk rakan-rakan yang lain. Sibuk sangat nak tahu apa orang lain buat, apa variable diorang dia test, apa paper diorang baca, apa isu nak di’counter’.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dalam diam habis semua variable dan model orang lain masuk dalam proposal dia. Ada yang menangis, ada pula yang geram, apabila tahu idea mereka di rampas mamat ini. Apa yang boleh buat ialah berdoa kepada NYA. Mohon Allah berikan tajuk yang lebih baik.

Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Doa orang yang dizalimi sentiasa dimakbulkan Allah. Dengan rahmatNYA, dapatlah orang yang teranaiya dengan tajuk yang lain. Mamat tersebut happy tak terkata bila proposalnya lulus oleh committee. Namun, bak kata pepatah melayu, “Disangka cerah sampai ke petang, rupanya hujan ribut, puting beliung, ditengah hari”. Research yang dijalankan oleh Mamat tu tak ‘doable’, sebab terlampau banyak variable.

Mengikut temubual dengan salah seorang mangsa rampasan, Beliau berkata” sebenarnya gua dah tahu projek tu banyak masalah kat measurement dia, tapi gua tak bagitahu dia, biar dia spent 6-10 bulan baru dia sedar.. padan muka”.

Moralnya :

  1. Jangan kebas idea orang lain.
  2. Jangan guna perkataan “padan muka”, tidak baik. Ingatlah “Budi bahasa amat mulia”

* artikel ini ditulis ketika penulis sedang ‘gabra’ ketika menunggu ’appointment’ dengan supervisor.

Nondo’s NZ is not Halal anymore.

The Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ) has suspended Halal Accreditation Certificate for Nando’s effectively immediately (15 May 2009) until further notice. For more information, please visit FIANZ website. 

Untuk Semua Ibu

Video Clip yang sangat menarik.

Inilah antara ayat-ayat yang terpaksa didengar oleh anak-anak kami..